ARSENAL CUBA DAPATKAN MATA

BAKAT BESAR... Mata mungkin ikut jejak David Silva ke Liga Perdana Inggeris.
Pemenang Anugerah Kasut Gangsa Kejohanan Eropah Bawah 21, Juan Mata kini diburu Arsenal dimana kelab London itu menawarkan £18 juta semalam. Menurut agen dan bapa Mata, pemain utama Valencia ini sedia membincangkan masa depannya bersama kelab.

WENGER... berusaha membawa pemain baru ke Emirates selepas Fabregas dan Nasri mungkin berpindah.
Arsene Wenger kini berada dalam dilema untuk membelanjakan dana yang disediakan kerana ia bertentangan dengan falsafah pengurusan bola sepak yang diamalkannya. Namun, Mata bakal menjadi pembelian termahal Wenger selepas ketibaan Andrey Arshavin £13 juta. 

NASRI... masih belum menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.
Pembelian Mata adalah langkah utama Wenger sebagai langkah bersiap sedia sekiranya Fabregas kembali ke kelab Catalan, Barcelona sambil masa depan tidak menentu Samir Nasri di Emirates. Ada sumber dalaman mengatakan seteru Arsenal, Chelsea cuba mendapatkan pemain muda berbakat Arsenal namun tidak dinyatakan pemain terbabit. Antara nama yang disebut adalah Samir Nasri, Fabregas atau Jack Wilshere.

ALVAREZ... Mungkin berpindah ke Itali berbanding Arsenal selepas minat ditunjukkan tiga kelab Itali.
Dalam pada itu, sasaran Arsenal, Ricky Alvarez kini menjadi sasaran Inter Milan, Palermo dan AS Roma. Dikhabarkan Inter sudahpun membuat tawaran rasmi benilai £12 juta kepada Velez. Adakah Wenger akan berbelanja besar musim ini bagi memperkuatkan barisannya atau menanti masa dipecat musim depan?