TERSUNGKUR JUA AKHIRNYA RIVER

GAGAL... River Plate akhirnya turun ke divisyen 2 selepas tewas kepada Belgrano.
Namanya begitu gah di Argentina dan tidak kurang hebatnya di dunia. Namun, penyokong River perlu menelan segala ketentuan selepas juara 33 kali Liga Argentina ini tersingkir ke liga divisyen dua, Nacional B musim depan. Ia berlaku selepas River sekadar mampu seri dengan Belgrano 1-1 yang menyaksikan River teringkir menerusi agregate 3-1. 

RIVER PLATE... Membangkitkan kemarahan penyokong dengan aksi hambar musim ini.
Kegagalan pasukan mempertahankan kedudukan mereka dalam liga tertinggi Argentina telah mencetuskan rusuhan hingga menyaksikan perlawanan ditamatkan seminit lebih awal. Ia memaksa pihak polis menyembur air dan gas pemedih mata. Dalam pada itu, 55 orang dikhuatiri cedera akibat terkena batu yang dibaling segelintir penonton. 

TINGGAL KENANGAN... River muncul antara kelab terunggul di Argentina  namun tersingkir ke Nacional B.
Nampaknya, penurunan divisyen River Plate memberikan satu impak negatif dalam Liga Argentina walaupun terdapat banyak pasukan yang mampu bersaing bagi merebut kejuaraan liga. Persoalannya, mampukah River bangkit kembali dan menebus maruah mereka musim depan?