JUARA... Pemain Mexico meraikan kemenangan mereka menjuarai Concacaf Gold Cup 2011.
Mexico bangkit dari ketinggalan 2-0 dengan menewaskan Amerika Syarikat, 4-2 untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi mereka pada edisi lalu. Amerika yang turun tanpa penyerang utama, Jozy Altidore dilihat bermula garang mendahului dengan defisit dua gol hasil jaringan Michael Bradley dan London Donovan namun sebelum rehat, Mexico berjaya bangkit menerusi Pablo Barera dan Andreas Guardado.
GUARDADO... jaringkan gol penyamaan Mexico selepas ketinggalan 0-2.
Bermula babak kedua, perlawanan dilihat seimbang sebelum Barera sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Amerika dengan gol kedua peribadinya sebelum Giovanni Dos Santos menjaringkan gol cantik dengan memperdaya Tim Howard dan tiga pertahanan Amerika bagi mengesahkan kemenangan Mexico.
Highlight gol Perlawanan Akhir CONCACAF Gold Cup 2011
SENARAI PEMENANG ANUGERAH CONCACAF GOLD CUP 2011
JUARA BERGANDA... Hernandez dipilih pemenang Kasut Emas dan Pemain Paling Berharga.
MEXICO... Juara dan menerima anugerah Fair Play kejohanan.
NOEL VALLADARES... Penjaga gawang Honduras dipilih penjaga gol terbaik kejohanan.
Social Plugin