 |
| JUARA... Pasukan Bawah 21 Sepanyol menjuarai kejuaraan Eropah selepas menundukkan Switzerland. |
Sepanyol sekali lagi membuktikan kehebatan mereka di Eropah apabila pasukan Bawah 21 Sepanyol berjaya menewaskan Switzerland 2-0 awal pagi tadi. Dalam kejohanan yang diadakan di Denmark itu, Sepanyol mendahului pada minit-41 menerusi pemain berbakat Athletic Bilbao, Ander Herrera. Pasukan Andalusia ini mengesahkan kemenangan sembilan minit sebelum tamat menerusi jaringan pemain Barcelona, Thiago Alcantara.
 |
| SAMBUT... Pemain Sepanyol meraikan kemenangan mereka di Denmark. |
 |
| SWISS... Akur sebagai naib juara selepas tewas kepada Sepanyol namun mereka juga hebat dalam kejohanan ini. |
Menariknya, Switzerland kebal sejak aksi peringkat kumpulan dan separuh akhir sebelum dibolosi dua kali di perlawanan akhir. Namun, Sepanyol yang dibarisi nama besar seperti Javi Martinez, Juan Manuel Mata, David De Gea dan Iker Muniain mudah menjelmakan kemenangan sekaligus membuka mata dunia bahawa juara dunia itu tidak ketandusan pemain muda berbakat. Apakah legasi kejuaraan Sepanyol akan diteruskan dalam 10 tahun mendatang?
ANUGERAH INDIVIDU UEFA BAWAH 21 TAHUN 2011
 |
| THIAGO ALCANTARA... Memenangi Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan. |
 |
| JUAN MATA... Diumumkan sebagai penerima Anugerah Kasut Gangsa. |
 |
| ADMER MEHMEDI... Anugerah Kasut Perak menjadi miliknya. |
 |
| ADRIAN... Memenangi Kasut Emas Uefa Bawah 21 tahun 2011. |
 |
| TRIO SEPANYOL... Bakal meneruskan kecemerlangan bola sepak Sepanyol masa hadapan. |
Social Plugin