GASPERINI GANTI LEO DI INTER MILAN

GASPERINI... Bakal menandatangani kontrak dua tahun bersama Nerazzuri.
Pengerusi Inter Milan, Massimo Moratti secara rasminya menamakan bekas pengurus Genoa, Gian Piero Gasperini sebagai pengurus Inter yang baru. Sebelum ini, pengurus, Leonardo meninggalkan kelab selepas memenangi Coppa Italia untuk menyertai Paris Saint Germain (PSG) sebagai Pengarah Bola Sepak. 

MR. PRESIDEN... Kini berhati-hati dalam memberikan kontrak bagi mengelakkan kerugian kelab.
Menurut Moratti, pelantikan Gasperini adalah satu kepuasan dan dia percaya pengurus berbangsa Itali ini akan menghadiahkan Inter sekali lagi kejuaraan Eropah. Gasperini belum lagi menandatangani kontrak tetapi secara urusan telah diselesaikan dan menyaksikan Gasperini menandatangani kontrak dua tahun. 

LIGA JUARA-JUARA... Inter menyasarkan membawa pulang trofi berprestij Eropah ini ke Milan.
Menurut beberapa sumber, Gasperini adalah pilihan kelima Inter setelah gagal mendapatkan Andre Villas-Boas, Guss Hiddink, Fabio Capello dan Sinisa Mihajlovic. Nampaknya, Massimo Moratti lebih berhati-hati menawarkan kontrak selepas terpaksa memecat Rafael Benitez dan memberikan wang pampasan yang banyak kepadanya. Sejauh mana kemampuan pengurus ini menguruskan bekas juara Eropah ini?