CHARLIE ADAM HAMPIRI ANFIELD

THE REDS... Charlie Adam menyatakan keinginannya menyarung jersi Liverpool.
Pengurus Liverpool, Kenny Daglish berusaha memperkuatkan barisan The Reds apabila semakin hampir mendapatkan pemain Blackpool, Charlie Adam. Pemain antarabangsa Scotland ini dikatakan hampir berpindah ke Anfield pada musim perpindahan Januari lalu namun ianya gagal kerana Liverpool tidak memenuhi permintaan Blackpool.

HENDERSON... Pemain pertama tiba di Anfield musim panas ini.
Liverpool sebelum ini kehilangan dua pemain sasaran mereka kepada musuh seteru, Manchester United cuba memastikan Adam ke Liverpool selepas berjaya mendapatkan Jordan Henderson dari Sunderland. Kapten Blackpool ini juga diminati oleh Alex McLeish dan pengurus Blackburn, Steve Kean. 

AQUILANI... Perlu membuktikan sesuatu untuk meraih tempat dalam kesebelasan Liverpool.
Sementara itu, pemain bermasalah, Alberto Aquilani dijangka kekal di Anfield selepas pengurus baru AS Roma dan Juventus tidak mahu menandatangani pemain Itali itu. Juventus pula dalam pada itu ingin membawa Raul Meireles ke Turin sambil Inter Milan memantau pemain tengah Portugal itu. Mampukah Liverpool bersaing untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan?