RASMI: CHRIS HUGHTON PENGURUS BARU BIRMINGHAM CITY

HUGHTON... Menyasarkan membawa Birmingham layak ke Liga Perdana Inggeris musim 2012/13.
Pasukan yang mengalami penurunan divisyen, Birmingham City hari ini secara rasminya menamakan bekas pengurus Magpies, Chris Hughton sebagai pengurus baru pasukan bagi menggantikan Alex mcLeish yang belot kepada seteru The Blues, Aston Villa.

ANGIN BARU... Hughton baru tiba di Birmingham untuk  memulakan tugasnya.

LAYAN PEMINAT... Chris Hughton sebelum menandatangani kontrak bersama Birmingham City.
JAWAB... Pengurus baru Birmingham menjawab semua persoalan mengenai masa depan kelab.
Pelantikan ini menandakan kemenangan Hughton untuk jawatan ini selepas dicabar hebat oleh Roberto di Matteo dan Gianfranco Zola. Menurut sumber, Hughton menandatangani kontrak selama setahun dengan opsyen sambungan sekiranya layak ke Liga Perdana Inggeris musim 2012/13.