| MALANG... Roberto Carlos sudah dua kali diberikan pisang kepadanya ketika di Rusia. |
Lagenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos melepaskan geramnya dengan menunjukkan isyarat dua kali (insiden pisang kedua untuknya) kepada penonton yang membaling pisang ke arahnya. Carlos melakukannya selepas dia keluar dari padang kerana kecewa dengan tindakan penonton yang melempar pisang ke arahnya.
| HULUR... Roberto Carlos terkejut dengan tawaran pisang yang diberikan penyokong Zenit. |
Roberto Carlos kini bermain bersama kelab Rusia, Anzhi Makhachkala mula mempertimbangkan masa depannya bersama kelab dengan persaraan menjadi titik noktah segala persoalan. Dalam insiden sebelum ini, Roberto Carlos pernah ditawarkan pisang oleh penyokong Zenit hingga menyebabkan Zenit didenda $10 000 sebelum perlawanan berlangsung.
| DALAM BULATAN... Pisang yang dibaling hampir mengenai pemain di padang. |
| KUTIP... Roberto Carlos mengutip pisang yang dicampakkan kepadanya ke luar padang. |
Pengurus Anzhi pula berselisih pendapat dengan Carlos. Menurutnya, di Rusia, pisang di baling ke arah pemain sebagai tanda penghargaan kemenangan pasukan. Dia tidak melihat sesuatu yang berbeza dalam insiden ini kerana Peter Odemwinge juga pernah menerima nasib sama sepertinya.
KECEWA... Carlos nyata kecewa dengan tindakan penyokong di Rusia.
Social Plugin