 |
| AGBONLAHOR... Menjadi model untuk jersi away Aston Villa musim depan. |
Pusat hiburan terkemuka Malaysia, Genting Highland sah menjadi penaja baru Aston Villa selepas pasukan dari Midland itu melancarkan jersi tempat lawan mereka. Genting dilihat mengikut langkah Proton yang sebelum ini pernah menaja Norwich City manakala pemilik Cardiff City kelahiran Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee meletakkan nama Malaysia di depan jersi. Dimaklumkan jersi baru Cardiff ini mendapat sambutan luar dugaan.
 |
| GENTING... Menaja Aston Villa selama dua musim bermula musim depan. |
 |
| TAJA... Nama Genting akan dipaparkan pada jersi home dan away Aston Villa selama dua musim. |
Namun, nampaknya peminat Aston Villa beragama Islam tidak boleh mengenakan jersi ini kerana ia turut membawa nama Genting Casino di depannya. Jersi tempat lawan ini akan mula dijual dan ditempah mulai 14 Julai. Menurut sumber, penjaan ini melibat dua musim iaitu pada 2011/12 dan 2012/13. Penglibatan rakyat Malaysia dalam jenama sukan antarabangsa semakin menyerlah dan diharapkan akan muncul pemain Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Social Plugin