ARSENAL TOLAK BIDAAN BARCA

FABREGAS... Mungkin kembali ke Barcelona untuk meraih lebih banyak kejuaraan.
Arsenal menolak tawaran FC Barcelona yang hadir dengan tawaran £27 juta untuk kapten, Cesc Fabregas. Barcelona pada musim membuat tawaran hampir £35.5 juta namun ditolak Arsenal. kecederaan yang menimpa Fabregas membuatkan nilainya semakin susut dan Barca cuba mengambil kesempatan ini dengan tawaran yang lebih rendah.

PEP GUARDIOLA... menjadi idola Fabregas sejak kecil dan mungkinkah Fab menyertai Pep?
Fabregas yang juga bekas pemain akademi La Masia sangat diperlukan Barca kerana umur Xavi yang telah mencecah 30-an dan kini berdepan risiko masalah archilles  yang berlarutan. Fabregas menambahkan khabar angin perpindahannya apabila dengan jelas menamakan pengurus Barca, Pep Guardiola sebagai idolanya. Apakah ini petanda pengakhiran karier Fabregas di Emirates? Trip ke Asia menjadi hala tuju masa depan Fabregas bersama Arsenal.