YOUNG... Tidak mahu melepaskan peluang beraksi untuk United. |
Manchester United membuat pengumuman rasmi mengenai pembelian kedua mereka musim ini, Ashley Young dari Aston Villa. Young dianggarkan mendatang kos sebanyak £16 juta kepada United. Pengurus United, Sir Alex Ferguson dalam usaha melakukan rombakan dalam pasukan dengan menyingkirkan pemain lebihan dalam pasukan seperti Owen Hargreaves.
Menurut kenyataan Young dalam laman web rasmi United, peluang beraksi bersam pasukan besar tidak boleh dilepaskan. Dia turut menyatakan bahawa dirinya akan merindui staf dan penyokong Villa yang disifatkannya hebat. Tambahnya lagi, dia mahu membantu United mencatatkan sejarah menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali ke-20. Mampu Young merealisasikan harapannya?
Social Plugin