KELAYAKAN OLIMPIK: MALAYSIA WAKIL TUNGGAL ASEAN KE PERINGKAT KUMPULAN.

Malaysia meneruskan kegemilangan dalam sukan bola sepak apabila layak ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia malam tadi. Ia meletakkan nama pasukan Olimpik Harimau Malaya sebaris dengan gergasi bola sepak Asia lain. 


Gol-gol pasukan negara dijaringkan pada babak pertama menerusi Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal sebelum penyerang Lubnan, Chadi Atie merapatkan jurang untuk Lubnan. Malaysia bermain dengan sepuluh pemain hampir keseluruhan permainan selepas Garu Steven Robbat menerima kad kuning kedua pada minit ke-50. Kemenangan ini meletakkan Malaysia sebagai wakil Asean tunggal ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik London 2012.

Antara pasukan lain yang turut layak ke peringkat kumpulan adalah Jepun, Korea Selatan, UAE, Iraq, Oman, Bahrain, Qatar, Syria, Australia, Arab Saudi dan Uzbekistan. Ayuh, anak muda Malaysia buktikan semangat Malaysia Boleh. Ultras Malaya sentiasa menyokong Harimau Malaya.