CERITA SEPARUH MASA PIALA FA

Sebagai seorang wartawan mahupun pengacara sukan, anda perlu berada di atas pagar dan tidak menunjukkan kepada peminat atau penonton minat anda kepada satu-satu pasukan. Namun, ada satu menarik perhatian saya. Sebagai salah seorang wartawan, saya tertarik melihat cara wartawan televisyen menemuramah pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim.

PIALA FA... Pertembungan menarik Terengganu dan Kelantan.
Adalah tidak wajar apabila bertugas dalam perlawanan akhir ini wartawan itu memakai baju pasukan yang disokongnya. Agak kurang profesional. Lebih memalukan, ianya ditonton oleh jutaan peminat bola sepak tanahair. Satu lagi yang menarik perhatian adalah perkataan "Pemain Kelantan bermain kesar." Agak kasar juga bahasa yang digunakannya sehingga pengurus Kelantan itu melawan semula selepas perkataan kurang enak didengar itu dituturkan. Tepuk dada, tanya selera. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan binasa.