JUARA... Terengganu menjuari Piala FA buat kali kedua. |
Pertembungan menarik dua gergasi Pantai Timur berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Terengganu selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada masa tambahan di perlawanan akhir Piala FA yang diadakan di Bukit Jalil. Selepas kebuntuan pada separuh masa pertama, Kelantan memperolehi jaringan pada mini ke-80 menerusi Nurul Azwa Roya yang menyungkit melepasi Sharbinee di gawang Terengganu.
Sikap tidak berputus asa Terengganu berbalas apabila Daudsu Jamaludin menjaringkan gol sendiri pada minit terakhir perlawanan untuk mengheret permianan ke masa tambahan. Moral pemain Kelantan mula terjejas dan kesempatan ini digunakan Terengganu dengan jaringan dari sepakan penjuru oleh Ahmad Nordin Alias yang merembat cantik jauh dari jangkauan Khairul Fahmi untuk gol kemenengan pada minit ke-110.
Ini adalah kejuaraan kali kedua Terengganu sejak ia dipertandingkan. Hanya dua pasukan yang tidak pernah menjuarai piala ini iaitu Melaka dan Kelantan. Bila agaknya dua pasukan ini akan jadi juara Piala FA?
Social Plugin