DEMAM PIALA FA SEMAKIN TERASA

SIAPA JUARA... Pertembungan menarik Kelantan dan Terengganu bakal menyajikan aksi menghiburkan.
Bahang perlawanan akhir Piala FA mula terasa apatah lagi dada akhbar bahagian sukan tempatan mula memainkan peranan mereka. Ada yang membakar semangat dan ada yang tidak kurangnya membuat provokasi tanpa pembaca sedari. Namun, apa yang penting, semangat kesukanan menjadi benteng kepada peminat bola sepak tempatan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

M.KARATHU... Mampukah jurulatih ini menghadiah sesuatu kepada penyokong Red Warrior?
Walaupun isu rasuah tidak berkesudahan di mana-mana (bukan sekadar di padang), namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat penyokong pasukan Pantai Timur ini hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini sebagai perhitungan terakhir bagi menentukan Sang Juara. Pasukan Kelantan memiliki suntikan moral yang tinggi selepas membenam Terengganu di Kota Bharu. Kemenangan itu tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk perlawanan akhir yang pastinya menjanjikan suasana berbeza. 

BURU JUARA... Marzuki dan rakan-rakan memburu kejuaraan pertama musim ini.
Kepada penyokong pasukan lain yang gagal ke perlawanan akhir, tidak salah rasanya kalau kita sama-sama ke stadium memeriahkan perlawanan tersebut apatah lagi musim liga di Eropah telah berakhir. Bersama kita memartabatkan arena bola sepak tempatan. Pasukan mana pilihan anda sebagai juara?