JONES TIDAK DIPERLUKAN UNITED?

TAK NAK... Adalah United membeli pemain yang tidak diperlukan mereka?
Pernahkah anda mendengar cerita tentang pemain yang dibeli walaupun dia tidak diperlukan di kelab itu? Inilah yang dinyatakan oleh Football365 apabila menyatakan pembelian Phil Jones sebanyak 16 juta pound merupakan pemain bukan diperlukan di kelab. 

Adakah laman web ini cuba memberitahu bahawa Phil Jones dibeli kerana mahu memintas Arsenal dan Liverpool dari mendapatkan pemain muda itu? Atau mungkin ada agenda disebaliknya sama seperti pembelian 'masuk kantung ajen' Bebe ke United? Hanya Ferguson mampu menjawabnya.