JORDAN HENDERSON SETUJU KE ANFIELD

20 JUTA... Adakah harga yang dibayar Liverpool kena dengan nilai pasaran pemain ini?
Pemain tengah Sunderland, Jordan Henderson telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan selepas kelabnya menerima tawaran 20 juta pound dari Liverpool. Perjanjian ini termasuk pertukaran penyerang Perancis, David N'Gog ke Sunderland.

PINDAH... Daglish sedia membawa masuk Carlie Adam ke Anfield.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sunderland, Henderson akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Liverpool hari ini dan kelab mengucapkan maju jaya kepada Henderson. Dengan pembelian ini, Daglish akan cuba membawa masuk dua lagi pemain sasarannya iaitu ketua pasukan Blackpool, Charlie Adam dan penyerang muda Ipwish, Connor Wickham.