LAGENDA BRAZIL - RONALDO BERMAIN PERLAWANAN TERAKHIR


Sejam lalu, lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo membuat penampilan terakhirnya dalam sukan bola sepak apabila dimasukkan pada minit ke-30 menggantikan penjaring gol tunggal perlawanan persahabatan menentang Romania yang berkesudahan Brazil menang 1-0.

Ronaldo diberikan tepukan gemuruh sepanjang perlawanan sebaik masuk ke padang. Walaupun mempunyai masa yang terhad, Ronaldo masih lagi mempunyai skill dan gerakan satu dua menarik bersama pemain muda Brazil yang lain. Ronaldo mempunyai tiga peluang sepanjang permainan namun tumpul di depan gol kerana faktor usianya. 

JUARA... Menjuarai Piala Dunia di Korea Jepun 2002.
Terima kasih diucapkah kepada Ronaldo kerana memeriahkan bola sepak antarabangsa lebih-lebih lagi diingati hasil jaringannya dalam perlawanan akhir Piala Dunia Korea Jepun 2002 yang menghadiahkan Piala Dunia kepada Brazil. Berikut adalah video penghargaan kepada Ronaldo sepanjang Piala Dunia yang disertainya.

HEBAT... Ronaldo mempunyai penyudah yang berkesan di hadapan pintu gol.