Pemain lagenda bola sepak dunia seperti Pele, Maradona, dan ramai lagi sering dibandingkan dengan pemain bola sepak moden hari ini. Namun, ada yang berjaya dan ada yang tinggal sekadar nama.
Sukar sebenarnya untuk membandingkan mereka kerana gaya permainan, situasi, keadaan padang, bola dan sebagainya berbeza mengikut zaman kegemilangan mereka.
Kini, nama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menjadi perbualan hangat apabila masing-masing berjaya menjaringkan lebih 50 gol semusim.
Lebih manis lagi, Ronaldo telah memecahkan rekod lagenda Real Madrid, Hugo Sanchez (1990) dan Athletic Bilbao, Telmo Zarra (1960). Sesuatu yang menarik disini adalah La Liga mencatatkan jumlah jaringan Ronaldo untuk anugerah Pichichi sebanyak 40 gol namun Marca (penganugerah Pichichi) mencatat jaringan Ronaldo 41 gol.

Berikut adalah jaringan gol Ronaldo yang diberikan La Liga kepada Pepe tetapi Marca mengesahkannya sebagai gol Ronaldo.
Namun, apa jua keputusan baik dari La Liga mahupun Marca, Ronaldo telahpun melepasi rekod 38 kedua-dua lagenda sebelum ini.
Namun, Ronaldo diberikan saingan sengit Lionel Messi untuk anugerah ini.
Walaupun Messi gagal menewaskan Ronaldo untuk Pichichi, Messi berjaya menjaringkan jumlah gol yang sama iaitu 53 gol (jika gol kontroversi menentang Sociedad tidak dikira) dan menganugerahkan Barca La Liga dan Liga Juara Juara manakala Ronaldo meraih Copa Del Rey pada musim pertama di Santiago Barnebeu.

Social Plugin