Barcelona mengambil tindakan drastik selepas hampir menyempurnakan perpindahan Alexis Sanchez ke Nou Camp apabila cuba membawa masuk pertahanan kiri Newcastle, Jose Enrique ke Nou Camp.
Ini adalah tindakan susulan selepas tawaran mendapatkan pertahanan Sporting Gijon, Jose Angel menemui jalan buntu.
Sekiranya Pep Guardiola berjaya mendapatkan Enrique, Barcelona pasti akan beralih kepada usaha mendapatkan pemain sasaran ketiga, Cesc Fabregas dari Arsenal.
Enrique sebelum ini dikhabarkan diminati Liverpool namun Barca pasti mencuba sebaik mungkin membawa pulang Enrique ke Sepanyol kerana Eric Abidal masih mempertimbangkan masa depannya selepas menghidap ketumbuhan manakala Maxwell tidak konsisten apabila beraksi.
Cukup baguskah Enrique untuk Barcelona?

Social Plugin