"Alexis Sanchez bersetuju dengan kontrak personal dengan Barcelona tetapi Udinese masih belum memuktamatkan perjanjian" kata pengerusi Udinese, Franco Soldati.
Sanchez diberitakan bakal menerima kontrak 3 juta euro setahun tetapi perjanjian ini masih belum selesai apabila Barca tidak mahu memenuhi permintaan 30 juta euro yang diminta Udinese.
Pemain antarabangsa Chile ini menjadi prospek perpindahan hangat Eropah apabila kelab besar seperti Barcelona, Inter Milan, Chelsea dan Manchester City mahu mendapatkan tandatangannya.
Beberapa hari lalu, Sanchez mengumunkan berminat menyertai Barca dan sekiranya ini terjadi, posisi siapakah harus dikorbankan untuk Sanchez sedangkan Ibrahim Affelay masih menunggu peluang dalam pasukan utama?

Social Plugin