Perlawanan pemanas badan sebelum perlawanan kelayakan Olimpik menyaksikan pasukan Olimpik Malaysia tewas tipis kepada Olimpik Kemboja 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Pnom Penh sebentar tadi.
Perlawanan ini hanya sekadar bagi menguji kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum perlawanan menentang Olimpik Lubnan yang tewas kepada Olimpik Turki 3-0.
Dalam perlawanan tadi, barisan serangan Malaysia jelas tumpul dengan diketuai Izzaq Faris yang gagal menembusi kekentalan penjaga gol Kemboja.
Gawang Malaysia bolos pada minit ke-10 menerusi jaringan Kuoch Sokumpheak yang gagal diselamatkan ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat. Adakah perlawanan ini boleh dijadikan kayu ukur sebelum menentang Lubnan?

Social Plugin