Keputusan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia menyaksikan Malaysia menumpaskan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Jurulatih, K. Rajagobal membuat beberapa rombakan apabila merehat duo Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Tindakan meletakkan Badrul Bakhtiar bersama penyerang sensasi, Safee Sali nyata kurang berkesan dimana Rajagobal mengubah taktikalnya dengan memasukkan penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya untuk bergandingan bersama Safee dengan mengeluarkan Helmi Rameli. Nyata tindakannya tepat apabila serangan demi serangan pasukan kebangsaan melemahkan benteng Taiwan.
Hasilnya, Safiq Rahim menghukum pertahanan Taiwan menerusi gol cantik dari garisan kotak penalti untuk gol pertama Harimau Malaya. Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia menambah gol apabila Aidil Zafuan mudah menanduk masuk hasil gerakan sepakan penjuru.
Kealpaan barisan pertahanan 15 minit sebelum tamat permainan dihukum Taiwan apabila Chen Po Liang merapatkan jurang gol serta membawa bekalan selesa apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di Taiwan.
Siapalah pemain tanpa penyokong. Kehadiran ribuan penonton dalam perlawanan ini menarik perhatian dan situasi ini dilihat sama ketika aksi separuh akhir Piala Suzuki tahun lepas.
Terima kasih kepada penyokong Harimau Malay yang tidak pernah jemu hadir ke stadium memberikan sokongan terutama Ultras Malaya yang sentiasa bersorak 90 minit permainan. Saat beginilah yang sering dirundui selepas zaman Super Mokh satu masa dulu dan kini ianya sudah kembali. Syabas Malaysia, terima kasih Ultras Malaya. Tanah Tumpah Darahku

Social Plugin