RASMI: SUNDERLAND SAMBAR CONNOR WICKHAM

CONNOR WICKHAM... tandatangani kontrak empat tahun bersama Black Cat.
Sunderland secara rasminya mengumumkan perpindahan bintang muda England, Connor Wickham, dari kelab Championship, Ipswich Town dengan yuran £8.1 juta. Wickham sebelum ini  menjadi rebutan kelab besar Inggeris namun kepantasan Steve Bruce menyelesaikan proses perpindahan meyakinkan Wickham untuk ke Stadium of Light.

BERALIH ANGIN... Wickham mencuba nasib di Liga Perdana Inggeris musim ini.
SUNDERLAND.... Wickham kini menukar jersi dari biru Ipswich ke merah Sunderland.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sunderland, Wickham telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Black Cat. Menurut penyerang berusia 18 tahun ini, selepas Ipwich bersetuju dengan tawaran Sunderland, Steve Bruce datang berjumpanya dan menerangkan cita-cita kelab. Ia sudah cukup meyakinkan bintang muda ini berpindah ke Sunderland. Persoalannya, mampukah Wickham membuktikan potensinya dalam liga cukup mencabar ini?