![]() |
| DE GEA... pengganti jangka panjang Edwin van Der Sar. |
"Saya sangat bangga dan tidak sabar bermain di sini." Itulah ayat pertama diucapkan De Gea selepas urusan perpindahannya ke Manchester United selesai. Menurut Juara Eropah Bawah 21 Tahun ini, apabila kelab besar seperti United mahu mendapatkannya, dia sangat teruja dan tidak mungkin menolak peluang beraksi bersama Red Devils.
| JUARA... aksi De Gea bersama juara Eropah Bawah 21 Tahun, Sepanyol. |
De Gea menandatangani kontrak lima tahun bersama United bagi menggantikan Edwin van Der Sar yang bersara. Penambahan De Gea dalam pasukan menandakan perbelanjaan perpindahan musim panas United bertambah menjadi hampir £60 juta selepas pembelian Ashley Young dan Phil Jones. Kini, hanya masa menentukan sebagus manakah penjaga gol muda ini untuk United.

Social Plugin