Kisah ini diutarakan salah seorang ahli Ultras Taming Sari (UTS). Isunya ia berkisar mengenai tiket perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 2014 membabitkan pasukan Malaysia dan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
![]() |
| PELIK... tiket perlawanan berwarna merah jambu untuk kelayakan Piala Dunia. |
Selepas membeli tiket, penulis agak pelik melihat saiz tiket yang besar (mungkin sama seperti tiket pra-musim pasukan Inggeris ke Malaysia keluaran Pro Events). Ia sebenarnya menyukarkan peminat menyimpannya ke dalam poket seluar. Lebih menarik lagi, tiket yang dijual berwarna merah jambu. Bukankah warna rasmi Piala Dunia 2014 Brazil menggunakan dua warna utama penganjur, hijau dan kuning? Ia menampakkan kurangnya perhatian pihak penganjur perlawanan tentang Piala Dunia.
Ibarat menconteng arang ke muka sendiri. Salah penganjur atau pengeluar tiket apabila tiket yang dijual tertulis nama 'Malaysia mlwn China Taipei'. Sesetengah orang tidak menyedarinya namun tidak bagi peminat bola sepak. Kalau Melayu, katakan Melayu. Tidak salah rasanya kalau ditulis 'Malaysia mln Taiwan' atau 'Malaysia vs Chinese Taipei'.
| TOUR... Liverpool bakal datang ke Malaysia Julai ini. |
Satu persatu kelemahan dihuraikan. Beberapa peminat bola sepak tempatan agak kecewa dengan penganjur sebuah kelab Inggeris yang bakal datang ke Malaysia mempromosikan tiket mereka ketika perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan. Dengan menjadikan gadis gedik sebagai tarikan, mereka tidak seharusnya menjual tiket ketika perlawanan Harimau Malaya. Rasanya, banyak cara lain bagi mereka menjual tiket. Pasti anda tertanya-tanya pasukan manakah yang berbuat demikian. Sudah pastinya ia berwarna merah dan juga panggilan bagi pasukannya. Anak Malaysia hanya mahukan Malaysia berjaya. Tolong guna medium lain untuk menjual tiket dan mengaut keuntungan anda. Tanah Tumpah Darahku!

Social Plugin