AKADEMI KLFA JADI PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMI LIVERPOOL FC?

TERPILIH... Akademi KLFA menjadi pilihan Liverpool.
Akademi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dikhabarkan menjalinkan kerjasama dengan Liverpool Football Club sebagai pusat pembangunan akademi LFC di Malaysia menurut laman web rasmi Malaysian Super League.

NEVER WALK ALONE... Akademi Liverpool jalin kerjasama dengan akademi KLFA bermula Ogos ini.
Menurut Presiden KLFA, Datuk Astaman Abdul Aziz, persatuannya ada menerima surat dari Liverpool FC menyatakan niat mereka untuk bekerjasama dengan akademi KLFA.Tambahnya lagi, Sesi latihan akademi akan diadakan di Akademi KLFA seluas 3.28 hektar di Taman Melawati, Hulu Klang. Hostel untuk penempatan pelajar bakal dibina kelak.

BERBAKAT... pasukan Olimpik Malaysia membuktikan pemain Malaysia boleh beraksi di Eropah.
Mengikut perjanjian, kerjasama kedua-dua akademi bermula 1 Ogos dengan seorang jurulatih dari Akademi Bola Sepak Liverpool bakal ditempatkan di Kuala Lumpur secara tetap. Secara permulaan, akademi ini bakal mengadakan pemilihan pemain mengikut kategori umur iaitu Bawah 14, Bawah 15, Bawah 16 dan Bawah 17. 

THE REDS... Ayre ketika perlancaran Liverpool Asia Tour di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre berkata jalinan kerjasama ini membantu KLFA memcari bakat baru di Malaysia. Dengan kerjasama yang kekal, ia secara tidak langsung membantu peninjau bakat Liverpool mencari pemain muda berbakat di Malaysia. Ini kerana Akademi Liverpool telahpun menjalinkan kerjasam dengan enam sekolah diseluruh dunia.

STEVEN GERRARD... mungkinkah akan lahir Gerrard baru dari Malaysia?
Pengumuman ini telah disiarkan akhbar tempatan pada awal Jun lalu namun penulis mahu mengingatkan peminat bola sepak tempatan bahawa kelab Eropah sudahpun memulakan pencarian bakat dari Asia kerana semakin banyak pemain berpotensi dilahirkan. Kebangkitan Harimau Malaya menjadi sebab mengapa Akademi Liverpool mahu menubuhkan akademi mereka di sini.

TIGER FOOTBALL STARZ... program realiti bola sepak tempatan mengetengahkan bakat muda negara.
Selain itu, kerjasama pengeluar biskut Tiger dan Liverpool FC telah membuka mata pencari bakat mereka bahawa di negara ini juga ada pemain muda yang berpotensi diserapkan ke akademi bola sepak Inggeris jika diberi peluang. Mungkin dalam 5 tahun lagi, beberapa kelab di Eropah lain bakal mengikut jejak langkah Liverpool membuka akademi mereka di sini.