RASMI: SUNDERLAND IKAT PENYERANG KOREA & CRAIG GARDNER

JI DONG-WON... pemain ketiga Korea beraksi di LPI musim ini.
Selepas membawa masuk Sebastian Larsson dan Connor Wickham, Sunderland menggunakan wang penjualan Jordan Henderson ke Liverpool sebaik mungkin. Hari ini, Steve Bruce berjaya mendapatkan penyerang Korea Selatan, Ji Dong-won. Penyerang ini dibawa masuk dengan bayaran £2 juta dari kelab Chunnam Dragons dan Dong-won menandatangani kontrak tiga tahun bersama Sunderland.

DONG-won... perlu menyesuaikan diri secepat mungkin di LPI.
Sebelum menyertai Black Cat, Dong-won pernah menjalani percubaan bersama kelab divisyen satu, Reading. Pada usia 20, Dong-won bakal bergandingan dengan penyerang sensasi Sunderland, Asamoah Gyan dan prospek England, Connor Wickham. 

BERBAKAT... penyerang ini dikesan bakatnya ketika Piala Asia yang lalu.
Bakat penyerang muda ini disedari oleh peninjau bakat Sunderland ketika Kejohanan Piala Asia lalu dan Bruce gembira mendapatkan Dong-won. Ini secara tidak langsung menjadikan jumlah pemain Korea di LPI meningkat kepada tiga orang selepas Park Ji-sung dan Lee Chung-yong. Minat kelab Eropah terhadap pemain Asia meningkat saban tahun ini sebenarnya baik untuk perkembangan bola sepak Asia. Kita masih nantikan masanya pemain Malaysia seterusnya ke Eropah dan ia mungkin tiba beberapa tahun lagi. Siapa tahu?

GARDNER... penjaring terbanyak Birmingham City musim lepas.
BLACK CAT... Steve Bruce terus berbelanja mendapatkan pemain baru.
Dalam pada itu, Sunderland mendapatkan seorang lagi pemain baru dari Birmingham City, Craig Gardner. Menariknya, Gardner yang bermain di bahagian tengah adalah penjaring terbanyak Birmingham musim lalu dengan 10 gol dari 37 penampilan. Pemain kelahiran Solihull ini menandatangani kontrak 3 tahun dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.