| PICKFORD... Kesilapannya ditebus dengan menyelamatkan dua penalti Argentina. |
Sebelum ini, kita dapat saksikan ramai penjaga gol England seakan terkena 'badi' apabila mewakili England terutama di kejohanan besar. Paling diingati, David Seaman melepas gol sepakan bebas Ronaldinho semasa Piala Dunia Korea Jepun 2002. Kemudian, Robert Green menjadi mangsanya.
Kali ini, 'badi' itu terus melanda kem England Bawah 17 Tahun di Piala Dunia. Pagi tadi, England hampir tersingkir dari peringkat kalah mati selepas panjaga gol, Jordan Pickford gagal menangkap kemas sepakan percuma dan mudah disudahkan Maximiliano Padilla untuk gol pendahuluan Argentina. Mujur pemain berbakat Liverpool, Raheem Sterling berjaya menyamakan kedudukan. Namun, kesilapan itu ditebus Pickford apabila berjaya menyelamatkan dua penalti Argentina untuk membantu England layak ke suku akhir.
Social Plugin