UBAH TRADISI... England meninggalkan warna merah untuk biru gelap.
Amat mengejutkan! FA England secara rasmi melancarkan jersi away England baru hari ini. Ia jelas bertentangan dengan tradisi England yang menggunakan warna merah untuk jersi tempat lawan mereka. Peninju, David Haye menjadi individu pertamanya mengenakan jersi baru itu. Peninju Britain ini bakal menetang Wladimir Klitschko untuk penentuan kejuaraan heavyweight.
HAYE... mengenakan jersi tempat lawan England buat kali pertama.
BIRU... adakah warna ini membawa tuah buatnya ataupun England?
Sekali pandang, ia seakan-akan baju latihan atau penjaga gol. Namun, inilah hakikatnya. Mungkinkah FA England mahu sejarah Bobby Moore menjuarai Piala Dunia 1966 namun jersi biru gelap yang dipakai David Beckham membawa kepada penyingkiran England. Adakah warna akan menyebelahi mana-mana pasukan?
Social Plugin