| NEYMAR... buruan kelab besar Eropah. |
Sejak awal tahun ini, Neymar sering dikaitkan dengan kelab besar Eropah terutama Chelsea yang menjadikan pemain ini sasaran dari tahun lalu. Namun, sehingga kini pemain ini sering bermain tarik-tali. Jika hari ini mengatakan dia mahu berpindah ke Eropah, esoknya kenyataan mahu kekal pula keluar.
| TARIK TALI... Neymar akan dibenci peminat bola sepak. |
Mungkin pemain ini sangka mudah memperbudakkan pasukan besar Eropah dengan bermain tarik tali manakal pengerusi Santos cuba mengambil kesempatan terhadap minat kelab Eropah terhadap penyerang Brazil. Tawaran Real Madrid, Barcelona, Chelsea, Manchester City dan Anzhi telahpun melepasi syarat klausa kontrak pemain ini.
| BERMASALAH... Neymar perlu mengetepikan sikap buruknya demi masa depannya. |
Beberapa minggu lalu, menurut Neymar, dia mahu menghabiskan Copa Libertadores. Namun tamat kejohanan Amerika Latin itu, dia mahu menunggu selesainya Copa Amerika. Sampai bila agaknya pemain bermasalah ini mahu bermain tarik tali? Buktikan kemampuan dan bukan begini cara menjadi pemain terbaik dunia, Neymar!
Social Plugin