REVOLUSI STEVE BRUCE

STEVE BRUCE... sudah membawa enam pemain baru ke Stadium of Light.
Selepas memperkenalkan dua pemain baru semalam, Steve Bruce hari ini memperkenalkan dua lagi pemain baru Sunderland. Mereka adalah Sebastian Larsson dari Birmingham dan Kieren Westwood dari Coventry City. Ini menjadi pembelian Bruce musim ini kepada enam pemaian.

LARSSON... sertai Sunderland secara percuma dari Birmingham City.
Sebastian Larsson adalah juara Piala Liga bersama Birmingham dimana aksi dipamerkannya sering mendapat pujian. Westwood pula tiba ke Stadium of Light untuk merebut peluang sebagai penjaga gawang Sunderland musim ini dan ia memberikan cabaran kepada Craig Gordon dan Simon Mignolet. Peminat Black Cat pasti menantikan aksi Westwood dalam pasukan utama.

WESTWOOD... perlu bersaing dengan Gordon dan Mignolet di gawang Sunderland.
Kedua-dua pemain ini tiba dengan perpindahan percuma dan inilah yang cuba dilakukan kelab kecil di LPI bagi mengurangkan perbelanjaan tetapi mementingkan kualiti pemain yang dibeli. Persoalannya, mampukah kedua-dua pemain ini membuktikan kehebatan mereka bersama Sunderland?