![]() |
| VARANE... prospek hangat Eropah menyertai barisan Mourinho. |
Jose Mourinho akhirnya berjaya menewaskan Manchester United bagi mendapatkan pertahanan berbakat Perancis, Rafael Varane dari RC Lens. Varena adalah salah seorang prospek hangat Eropah menandatangani kontrak selama enam tahun untuk kekal di kota metropolitan Madrid.
| BERBAKAT... Varane menyertai Real Madrid dengan kontrak enam tahun. |
Mempunyai ketinggian yang bagus (191cm), Varane bakal berpasangan dengan Pepe atau Carvalho mengawal benteng Madrid. Ini adalah pemain ketiga tiba di Real selepas Hamit Altintop dan Nuri Sahin. Varane juga mempunyai kawalan pertahanan yang bagus dimana musim lepas, dia telah membuat 24 penampilan bagi pasukan utama Lens dan menjaringkan dua gol pada usia 18 tahun. Kehadiran Varane memberikan Mourinho lebih opsyen dalam barisan pertahanan mereka. Berjayakah nanti Varane di Madrid?

Social Plugin