KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014, JOM KE BUKIT JALIL!


Pasukan kebangsaan Malaysia esok akan turun menentang Taiwan dalam perlawanan Pusingan Pertama, Kelayakan Piala Dunia Zon Asia esok. Ia akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 8.45. Menurut sumber, tiket hanya akan mula dijual di kaunter tiket stadium bermula jam 3 petang yang berharga RM30 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM 20 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

GEMILANG... mampukah Malaysia tewaskan Taiwan dan layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil?
Turun sebagai tuan rumah, Malaysia perlu membuktikan kehebatan mereka sebagai juara Piala Suzuki 2010 dengan kemenangan selesa sahaja akan membantu pasukan layak ke peringkat seterusnya. Dengan kembalinya penyerang berbisa, Safee Sali dan Abdul Hadi Yahya sambil 'Mat Yo' Norsharul Idlan Talaha kembali pulih dari keceraan, Malaysia seharusnya tidak mempunyai masalah menewas pasukan bimbingan Lo Chih-Tsung itu.

SAFEE SALI... ketajaman penyudahnya ditagih pasukan kebangsaan menentang Taiwan, esok.
Sedikit kegusaran di bahagian pertahanan apabila penjaga gawang nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat masih belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan sambil Shabinee Allawee dan Nasril Nourdin mengintai peluang menjaga gawang kebangsaan. Namun, skuad Harimau Malaya ini tiada sebarang alasan untuk tewas di halaman sendiri.

ULTRAS MALAYA.... sentiasa menyokong pasukan kebangsaan walau dimana saja.
Peminat bola sepak tanhair diseru supaya datang beramai-ramai ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan dimana anda semua mampu menjadi pemain ke-12 pasukan. Hanya ahli Ultras Malaya yang setia dan tidak jemu memberikan sokongan sepanjang 90 minit perlawanan. Jadi, tidak kiralah dimana anda berada, ayuh sama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan kita. Tanah Tumpah Darahku!