WICKHAM MUNGKIN KE STADIUM OF LIGHT

WICKHAM... Bintang muda England menjadi rebutan kelab besar Liga Perdana Inggeris.
Steve Bruce kini hampir pasti boleh menarik nafas lega selepas kelabnya, Sunderland bersetuju dengan permintaan £13 juta yang diminta Ipwich untuk penyerang muda berbakat England, Connor Wickham. Namun, dikhabarkan Ipwich masih menunggu tawaran dari kelab lain dimana kelab besar seperti Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspurs dijangka membuat tawaran untuk penyerang skuad Bawah 21 England itu.