COPA AMERICA: COLOMBIA 1 COSTA RICA 0


Juara 2001, Colombia membuka langkah kanan dalam Kejohanan Coppa America apabila berjaya menundukkan Costa Rica 1-0. Dibarisi pemain berpengkalan di Eropah, Colombia sepatutnya menang dengan jaringan yang lebih namun gol Andrian Ramos sudah cukup memberikan Colombia kemenangan berharga.

RAMOS... golnya sudah cukup memberikan kemenangan berharga kepada Colombia.
Kemenangan ini dilihat tonik terbaik Colombia dalam usaha membawa pulang Coppa America ke negara mereka selepas kejuaraan 2001. Mungkinkah Colombia akan membuat kejutan lagi dalam edisi kali ini?