Menguasai perlawan tidak bererti anda akan menang perlawanan itu. Itulah falsafah yang perlu diambil Argentina jika mahu menjuarai Copa America di gelanggang sendiri. Dalam perlawanan pembukaan sebentar tadi, pasukan yang dibarisi bintang yang berpengkalan di Eropah sekadar seri 1-1.
MENGECEWAKAN... aksi Carlos Tevez dalam perlawanan pembukaan menentang Bolivia. |
Tindakan Sergio Batista menyenaraikan Ezequiel Lavezzi dala kesebelasan utama menjadi tanda tanya. Nyata penyerang Napoli itu gagal beraksi baik sedangkan Argentina mempunyai ramai penyerang berbisa seperti Sergio Aguero, Gonzalo Higuain dan Diego Milito. Tamat separuh masa pertama, tiada sebarang gol dijaringkan.
Tiga minit selepas babak kedua bermula, Argentina dikejutkan gol pendahuluan Bolivia menerusi Edivaldo Rojas. Ulang tayang menunjukkan gol itu adalah gol sendiri Ever Banega, pemain yang seharusnya dikeluarkan Batista berbanding Esteban Cambiasso untuk digantikan Angel Di Maria.
AGUERO... jaringkan gol tunggal Argentina menerusi volley menarik. |
Penyudahan tumpul jentera serangan, Tevez dan Lavezzi menghampakan peminat Argentina sehinggalah Sergio Aguero dimasukkan menggantikan Lavezzi. Penyerang Atletico Madrid ini tidak menunggu lama dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan volley cantik. Namun segalanya telah terlambat dan pasukan tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri ini.
HIGUAIN... diketepikan Baptista dalam kesebelasan Argentina. |
Analisa dari perlawanan, penyudah tumpul Tevez dan Lavezzi perlu diatasi Batista selain memasukkan pemain perancang, Javier Pastore bagi umpanan berkualiti dari tengah. Nyatanya, Banega gagal menghasilkan umpanan berkualiti untuk pemain sayap mahupun penyerang andai Argentina mahu menghadiahkan Copa America kepada penyokong tempatan.
Social Plugin