| SUAREZ... jaring gol penyamaan buat Uruguay dalam Copa America. |
Penyerang Liverpool, Luiz Suarez menjadi penyelamat negaranya menerusi jaringan penyamaan sebelum tamat separuh masa bagi menghadiahkan satu mata buat Uruguay. Sebelum itu, Peru melakukan kejutan apabila mendahului menerusi jaringan Paolo Guerrro hasil gerakan solo yang menarik.
| SANCHEZ.... nadi serangan Chile bersama Arturo Vidal. |
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C menyaksikan Chile berjaya menewaskan juara Piala Emas, Mexico 2-1 menerusi jaringan separuh masa kedua Esteban Paredes dan Arturo Vidal. Mexico yang membuat rombakan pasukan yang memenangi kejohanan Piala Emas terlebih dahulu mendahului menerusi tandukan Nestor Araujo 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama.
![]() |
| CHILE... pamer corak permainan menarik menentang Mexico. |
Namun, gandingan Alexis Sanchez - Humberto Suazo nyata memberi tekanan kepada barisan pertahanan Mexico. Ia juga mengingatkan kita kepada lagenda Chile, Ivan Zamorano dan Marcelo Salas. Argentina, Brazil, Mexico dan Uruguay bermula hambar. Apakah kejohanan kali ini akan didominasi pasukan bukan pilihan?

Social Plugin