TEVEZ... ulangi pendirian tinggalkan City musim panas ini. |
Penyerang Argentina, Carlos Tevez sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk meninggalkan Manchester City. Sebelum ini, penyerang berbisa City ini menyatakan keinginannya berpindah selepas keluarganya mempunyai masalah untuk mengadaptasi corak kehidupan di Manchester. Tevez telah pun menyatakan pendiriannya kepada pemilik kelab, Khaldon al-Mubarak.
DEMI KELUARGA... Tevez tidak sanggup berjauhan dengan keluarganya. |
Kini, beberapa opsyen untuk Tevez iaitu pulang kembali ke Argentina dan melupakan kejohanan berprestij Eropah atau berpindah ke Milan untuk Inter kerana di Giuseppe Meazza, terdapat ramai pemain kelahiran Argentina seperti Diego Milito, Javier Zanetti, Walter Samuel dan Esteban Cambiasso. Kini, terpulang kepada penyerang kecil ini membuat keputusan mengenai masa depannya. Tunggu dan lihat!
Social Plugin