| KEKAL... al-Habsi dibawa secara kekal untuk Wigan Athletic musim ini. |
Penjaga gawang Oman, Ali al-Habsi hari ini menandatangani kontrak tetap bersama Wigan Athletic selepas pinjaman semusim yang sukses. Al-Habsi musim lalu berjaya membantu Wigan kekal di divisyen teratas dan ia sudah cukup meyakinkan pengerusi, Dave Whelan dan pengurus, Roberto Martinez untuk membawa secara tetap dari Bolton Wanderers.
| LATICS... Ali al-Habsi dan pengurus, Roberto Martinez selepas menyempurnakan kontrak al-Habsi. |
Sejak menyertai Bolton, al-Habsi hanya membuat 10 penampilan untuk Trotters dan dengan perpindahan ini, sudah pastinya peluangnya beraksi secara kerap kian terbuka. Ini secara amnya membuktikan bahawa pemain Asia terus dikehendaki kelab Eropah. Mungkin, sudah tiba masanya pemain Malaysia mencuba nasib di Eropah melalui ejen bola sepak. Siapa tahu mungkin kita bakal saksikan Fadhli Shas bermain untuk Wigan pula? Mungkin...
Social Plugin