CLICHY... tinggalkan Arsenal selepas berkhidmat hampir lapan tahun. |
Manchester City akhirnya melakukan pembelian pertama musim ini apabila membawa masuk pertahanan kiri Arsenal, Gael Clichy ke Eastland. Perpindahan ini dianggarkan menelan belanja £7 juta. Sebelum ini Clichy dikhabarkan bakal ke Anfield namun tiada sebarang rundingan bagi membawa pertahanan antarabangsa Perancis ini ke Liverpool.
4 TAHUN... kontrak ditawar City kepada Clichy. |
Sebelum ini, Clichy dilihat kurang gembira ketika sesi rakaman gambar jersi baru Arsenal. Perkara sama terus membelenggu Arsenal apabila Samir Nasri turut melihatkan riak wajah kurang gembira. Namun, Wenger yang enggan berbelanja besar yakin dengan tiga pemain La Masia yang dibawa masuk ke Emirates terutama Hector Bellerin. Persoalannya, mampukah Wenger menghalang lebih ramai pemain senior dari meninggalkan kelab?
Social Plugin