JERSI PENJAGA GOL ENGLAND, LUCU ATAU MENAKUTKAN?

BIRU... adakah warna ini membantu England menamatkan kemarau piala?
Beberapa hari selepas melancarkan jersi tempat lawan terbaru, England hari ini melancarkan jersi penjaga gol terbaru. Namun, warnanya sangat pelik. Menggunakan warna hijau Petronas, ia dihiasi dengan lambang salib berwarna hijau tua. nampak seakan badut sarkas.

PELIK.. inilah jersi yang terpaksa dipakai penjaga gol England.
Jika jersi biru gelap England mendapat kritikan ramai, jersi penjaga gol ini pastinya mengundang tawa pihak lawan. Motif England menggunakan warna ini sukar difahami. Namun, inilah realiti yang terpaksa ditanggung penjaga gol England, Joe Hart, Scott Carson dan David Stockdale. Apakah jersi ini akan menamatkan badi England sejak 1966?