COPA AMERICA: BRAZIL GOYAH, PARAGUAY, ECUADOR KONGSI MATA

BRAZIL... beraksi hambar dalam perlawanan pertama Copa America Argentina.
Juara lapan kali Copa America tersentak apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Venezuela. Anak buah Mano Menezes gagal mencari jawapan bagi memecah benteng Venezuela yang diketuai Grendy Perozo dan Oswaldo Vizcarrondo. Namun, pujian harus diberikan kepada taktikal Cesar Farias kerana berjaya mengarahkan anak buahnya bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan.

GAGAL... kemasukan Lucas Leica tidak memberi sebarang impak kepada Brazil.
Walaupun menyenaraikan gandingan tiga serangkai, Pato - Robinho - Neymar, Brazil masih ketandusan gol. Keputusan ini membuatkan pasukan Samba ini hanya berpuas hati dengan satu mata dan perlu mencari kemenangan keatas Paraguay Sabtu ini bagi membuka kembali peluang ke suku akhir.

SERI... Paraguay dan Ecuador juga seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan mereka.
Dalam satu lagi perlawanan, Paraguay dan Ecuador juga seri tanpa jaringan dan ini menyaksikan wujud persaingan antara keempat-empat pasukan dalam kumpulan B ini. Walaupun perlawanan ini lebih banyak dikuasai Paraguay, penyudah yang tumpul jentera serangan Paraguay yang diketuai penyerang Manchester City, Roque Santa Cruz. Persoalannya, adakah pasukan kerdil bakal menjuarai Copa Amerika untuk edisi kali ini?