COPA AMERICA: URUGUAY CATAT KEJUARAAN KE-15

Uruguay terus meletakkan nama mereka sebagai gergasi Amerika Selatan selepas memenangi Copa America buat kali ke-15 awal padi tadi. Menewaskan Paraguay dengan 3-0 hasil jaringan penyerang Liverpool, Luis Suarez dan dua gol Diego Forlan cukup memberikan hadiah bermakna buat pengurus mereka, Oscar Tabarez. Tahniah diucapkan kepada Uruguay.

JUARA COPA AMERICA 2011
JUARA... Uruguay muncul juara buat kali ke-15 dalam sejarah Copa America.
NAIB JUARA COPA AMERICA 2011
PARAGUAY... gagal berikan tentangan kepada Uruguay di perlawanan akhir.
KETIGA COPA AMERICA 2011
PERU... tundukkan Venezuela untuk berada di kedudukan ketiga Copa America 2011.
PEMAIN MUDA TERBAIK COPA AMERICA 2011
SEBASTIAN COATES... dipilih Pemain Muda Terbaik kejohanan.
PENJAGA GOL TERBAIK COPA AMERICA 2011
JUSTO VILLAR... kecekapannya membawa Paraguay ke perlawanan akhir.
KASUT EMAS COPA AMERICA 2011
JOSE PAOLO GUERRERO... tidak hadir dan diwakili Persatuan Bola Sepak Peru untuk trofinya.
PEMAIN TERBAIK COPA AMERICA 2011
LUIS SUAREZ... Pemain Terbaik Kejohanan Copa America 2011.