TEGANG... Balotelli berang apabila dikeluarkan Mancini.
Tidak pernah surut dengan kontroversi, pemain muda bermasalah Itali, Mario Balotelli sekali lagi mencetuskan kemarahan pengurus Manchester City, Roberto Mancini apabila mempersia-siakan peluang di depan pintu gol dengan cuba melakukan backheel walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan. Ianya berlaku dalam perlawanan yang menyaksikan City menang penalti 7-6 selepas seri 1-1 menentang LA Galaxy.
GOL... Balotelli menyempurnakan penalti selepas Micah Richard dikasari.
DEGIL... Balotelli tidak menghiraukan nasihat Mancini.
Mancini nyata berang dengan sikap acuh tak acuh pemain kemudiaanya membawanya keluar dan digantikan dengan James Milner walaupun usia permainan baru menginjak setengah jam. Balotelli berang dan membaling botol ke padang selepas dikeluarkan. Siapa lagi pengurus yang mempu menjinakkan pemain panas baran ini selepas kegagalan Jose Mourinho dan Roberto Mancini?
Social Plugin