KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014; MASIH ADA RUANG UNTUK BANGKIT!


Kurang tumpuan sekali lagi menghantui kem skuad Harimau Malaya apabila bolos empat gol pada separuh masa tatkala penyerang jelmaan Mokhtar Dahari, Safee Sali meledak gol ketika permain baru menginjak 17 saat. Kebangkitan separuh masa kedua selepas Safiq Rahim dibuang padang pada awal separuh masa kedua menerusi gol Safee dan Abdul Hadi Yahya memberikan peluang walaupun Alexander Duric menetup sedikit ruang Malaysia.

TEWAS... Malaysia perlu bangkit di Bukit Jalil bagi mengurangkan defisit dua gol.
Menanti kunjungan Singapura ke Bukit Jalil, Malaysia masih mampu layak ke pusingan berikutnya andai berjaya menewaskan Singapura dengan defisit dua gol. Terima kasih atas semangat juang yang dipamerkan Harimau Malaya dan peminat diingatkan tidak merendahkan lagi moral pasukan dengan memberikan kritikan yang boleh menjatuhkan moral pasukan. Ayuh! Harimau Malaya. masih ada 90 minit lagi untuk dibuktikan kepada dunia. Tanah Tumpahnya Darahku!