KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014; AYUH SAMA-SAMA SOKONG HARIMAU MALAYA


Petang ini akan menjadi detik penting kepada pasukan bola sepak kebangsaan apabila skuad kendalian K.Rajagobal ini turun menentang Singapura di Stadium Jalan Besar. Pagi ini, beberapa bas dari Malaysia (seluruh Malaysia) bergerak menuju ke selatan bagi memberikan sokongan kepada Harimau Malaya walaupun tiket diperuntukkan hanya 500 sahaja.

TUGAS BERAT... skuad Harimau Malaya cuba membawa kemenangan dari Kota Singa.
Namun, ia tidak bermakna anda tidak boleh menyokong Harimau Malaya kerana beberapa siaran televisyen mengadakan siaran langsung. Jadi, tiada alasan untuk anda mengatakan tidak kepada pasukan kebangsaan. Ingatlah, mereka berjuang demi memartabatkan nama negara di persada bola sepak dunia. Tanah Tumpahnya Darahku!

SIARAN LANGSUNG TELEVISYEN TEMPATAN
TV2 dan Astro Arena 801 - 7.15 malam