HILANGNYA SEMANGAT KESUKANAN & TOLERANSI RAKYAT MALAYSIA APABILA MENONTON BOLA SEPAK!

Awal pagi ini, penulis mendapat satu video yang memaparkan satu aksi ketika aksi pemanas badan Liverpool FC di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia menceritakan bagaimana betapa minda pemikiran rakyat Malaysia dijajah oleh orang asing sehinggakan kita sebagai satu Malaysia boleh dipecah-belahkan sesama sendiri. 


Harus diingat, setiap individu ada hak masing-masing membuat pilihan tapi dalam apa yang dilakukan terutama sebagai penyokong bola sepak perlu difikirkan tanpa memikirkan kepentingan peribadi. Penyokong United ini juga sebenarnya tidak sepatutnya melakukan provokasi dengan memakai jersi United ketika menonton sesi latihan LFC. Inilah hakikatnya yang perlu ditelannya.


Harapnya, peristiwa sebegini tidak berulang lagi kerana ia secara tidak langsung merosakkan negara bangsa dan jati diri kita sendiri. Jangan biarkan minda kita dijajah andai kita sendiri tidak mampu menjajah! Tanah Tumpahnya Darahku!