JERSI AWAY UNITED KINI DILANCARKAN

ROONEY... memperkenalkan jersi tempat lawan United musim ini.
Juara Inggeris, Manchester United hari ini melancarkan jersi tempat lawan bagi musim 2011/12. Menggunakan corak belang biru dan hitam, jersi ini diilhamkan dari jersi biru yang digunakan ketika kejayaan kelab terdahulu termasuk Piala FA 1948 dan perlawanan akhir Piala Eropah 1968. Adakah United mahu menyaingi biru kelab pencabar mereka?