KELANTAN JUARA BARU LIGA SUPER 2011, PAHANG IRINGI PERLIS KE LIGA PERDANA

SEJARAH.... Kelantan menjuarai Liga Super julung kalinya dalam sejarah.
Kelantan mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjulang trofi Liga Super buat pertama kalinya selepas aksi cemerlang di Stadium Likas mengetepikan Sabah 2-1. Dengan kemenangan ini melayakan pasukan Cik Siti Wan Kembang ini beraksi di kejohanan Piala AFC musim depan.

TERENGGANU... gagal dalam usaha membawa kejuaraan berganda musim ini.
Sebelum perlawanan terakhir liga, Kelantan mendahului pasukan tangga kedua, Selangor dengan 2 mata dan Terengganu, 3 mata. Ini bermakna Kelantan hanya memerlukan keputusan seri di Likas bagi menjulang trofi Liga Super dan ianya berjaya dilaksanakan apabila pesaing, Selangor sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak manakala Juara Piala FA 2011, Terengganu garang membelasah Felda United, 6-2. 

Dalam pada itu, dua pasukan tercorot liga, Pahang dan Perlis mungkin diturunkan ke Liga Perdana musim depan namun ianya hanya bakal ditentukan dalam mensyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM selewat-lewatnya hujung bulan ini. Menurut rekod, pasukan Tok Gajah tidak pernah beraksi di divisyen bawah sejak Liga Semi Pro diperkenalkan pada 1989. Apakah Pahang akan terselamat kali ini?